22,242 kes Covid-19 hari ini, tertinggi pernah direkodkan

0
33
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Selepas beberapa hari merekodkan kes di bawah angka 20,000, kes baharu Covid-19 di seluruh negara kembali melonjak kepada angka 22,242 kes sekali gus menjadi yang tertinggi setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 6,858 kes diikuti Sabah (2,413), Pulau Pinang (1,867) dan Kedah (1,852).

Beliau berkata, Perlis turut merekodkan pertambahan kes dengan 50 kes dilaporkan hari ini.

Berikuta adalah pecahan setiap negeri (kumulatif):

Selangor – 6,858 (530,971)
Kuala Lumpur – 1,587 (159,211)
Johor – 1,477 (115,141)
Sabah – 2,413 (111,346)
Sarawak – 1,403 (90,810)
Negeri Sembilan – 577 (86,279)
Kedah – 1,852 (73,939)
Pulau Pinang – 1,867 (64,704)
Kelantan – 1,351 (60,962)
Perak – 1,036 (53,657)
Melaka – 579 (41,849)
Pahang – 675 (35,765)
Terengganu – 487 (25,989)
Labuan – 5 (9,750)
Putrajaya – 25 (4,990)
Perlis – 50 (1,149)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here