282 anggota PDRM Johor positif Covid-19 sejak penularan

0
14
Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU – Sebanyak 502 anggota polis dan ahli keluarga di negeri ini direkodkan positif Covid-19 sejak pandemik itu melanda negara bermula Mac tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah itu melibatkan 282 pegawai dan anggota manakala 220 kes melibatkan ahli keluarga masing-masing.

Sepanjang tempoh yang sama itu katanya, empat kematian membabitkan dua anggota dan dua ahli keluarga direkodkan, lapor Utusan Online.

“Sebagai langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19, seramai 2,518 pegawai dan anggota polis Kontinjen Johor serta 446 ahli keluarga mereka telah menjalani tempoh kuarantin.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes bersabit Covid-19 dalam polis Kontinjen Johor sama ada positif atau dikuarantin sebanyak 3,466 kes,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini,

Sementara itu, Ayob Khan meminta bantuan orang awam untuk mengesan seorang wanita bernama Nur Fatin Shaera Md. Aris untuk membantu siasatan polis.

Katanya, alamat terakhir wanita berkenaan adalah di Pos 51, Kampung Parit Bingan, 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Menurut beliau, wanita berusia 27 tahun itu dicari bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Asisten Superintenden Ahmad Shamsul Rebu di talian 019-738 2140 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here