336,642 dos harian vaksin direkodkan semalam

0
16

CYBERJAYA – Jumlah suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam merekodkan 336,642 dos menjadikan kumulatif dos vaksin setakat ini berjumlah 33,724,744.

Daripada jumlah itu, sebanyak 146,632 individu meneruma suntikan dos pertama manakala 190,010 individu menerima suntikan dos kedua.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Johor merekodkan pemberian vaksin tertinggi sebanyak 33, 424 bagi dos pertama, manakala sebanyak 27,157 bagi dos kedua.

Diikuti, Selangor dengan sebanyak 7,162 dos pertama manakala sebanyak 31,502 bagi dos kedua.

Manakala, Labuan merekodkan pemberian dos harian terendah dengan sebanyak 57 bagi dos pertama dan sebanyak 80 bagi dos kedua.

Daripada jumlah itu, seramai 19,241,946 individu menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 atau bersamaan 58.9 peratus jumlah populasi (82.2 peratus populasi dewasa).

Manakala, seramai 14,487,972 individu telah menerima suntikan dos kedua vaksin, atau bersamaan 44.4 peratus jumlah populasi (61.9 peratus populasi dewasa).

Wilayah Persekutuan Labuan dan Lembah Klang, masing-masing terus merekodkan peratusan populasi dewasa melebihi 100 peratus bagi suntikan dos pertama dengan 101.7 peratus bagi Labuan dan 110.7 peratus bagi Lembah Klang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here