Sultan Johor ingatkan pemimpin jangan berebut kuasa

0
41
SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR – Gambar: Royal Press Office

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kecewa apabila ada pemimpin yang mengganggu kerajaan dan berebut kuasa di saat rakyat dalam keadaan susah dan gelisah berhadapan dengan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Baginda bertitah, oleh itu, semua pemimpin perlulah jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan, dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah, bukannya kepentingan diri sendiri sehingga mengugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik tanahair.

Titah Sultan Ibrahim, sekarang adalah masa untuk berebut-rebut membantu rakyat, bukannya masa untuk berebut kuasa dan kedudukan.

“Sempena permulaan Tahun 1443 Hijrah hari ini, saya menyeru kepada semua pemimpin Islam, terutama pemimpin Bangsa Melayu di negara ini, supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah SWT dan Dialah yang memberi kuasa kepada orang yang dikehendaki, dan Dia juga yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki,” titah baginda dalam hantaran Facebook,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here