45.9 peratus populasi dewasa lengkap dos kedua vaksin

0
7

CYBERJAYA – Jumlah penerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di dalam negara kini mencecah angka 10.7 individu bersamaan 45.9 peratus jumlah populasi dewasa setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaporkan, seramai 17,076,440 individu bersamaan 72.9 peratus populasi dewasa telah menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin sebanyak 27,810,855 dos.

Daripada data itu, Lembah Klang mencatakan pemberian vaksin tertinggi dan melebih paras 100 peratus bagi suntikan dos pertama populasi dewasa iaitu sebanyak 77.0 peratus berdasarkan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin semalam.

Jumlah itu membabitkan 6,485,013 individu di Lembah Klang yang sudah menerima suntikan dos pertama.

Sementara, sejumlah 4,110,776 individu menerima suntikan dos kedua atau bersamaan 66.7 peratus populasi dewasa (48.8 peratus jumlah populasi).

Adham
Dr Adham Baba

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sebanyak 415,875 dos vaksin harian diberikan kepada penerima semalam.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 143, 671 adalah dos pertama manakala 272, 204 individu menerima suntikan dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka,” katanya menerusi Twitternya.

Selangor terus mencatatkan laporan harian pemberian vaksin tertinggi dengan sebanyak 22,060 bagi dos pertama, manakala sebanyak 71,724 bagi dos kedua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here