55.6 % populasi dewasa lengkap dos kedua vaksin Covid-19

0
19
Jumlah Kumulatif Pemberian Dos Vaksin.

CYBERJAYA – Sebanyak 55.6 peratus populasi dewasa telah menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 membabitkan jumlah penerima seramai 13,022,246, sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, sebanyak 78.0 peratus jumlah populasi dewasa menerima suntikan dos pertama vaksin, membabitkan jumlah penerima seramai 18,258,947.

Semalam sahaja, jumlah kumulatif pemberian dos vaksin yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah sebanyak 31,281,193 dos.

Daripada laporan tersebut juga memaklumkan, sebanyak lima negeri telah mencatatkan peratusan populasi dewasa melebihi 50 peratus bagi pemberian suntikan dos kedua.

Ia terdiri, Wilayah Persekutuan Labuan dengan sebanyak 90.6 peratus; Sarawak (84.6 peratus); Lembah Klang (83.8 peratus); Negeri Sembilan (71.3 peratus) dan Perlis (61.4 peratus).

Manakala, lima lagi negeri merekodkan peratusan populasi dewasa kurang daripada 50 peratus bagi pemberian suntikan dos kedua, iaitu Perak dengan 40.7 peratus; Johor (37.4 peratus); Kedah (37.3 peratus); Kelantan (36.0 peratus) dan Sabah (30.1 peratus).

Laporan Harian Pemberian Dos Vaksin

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Twitter, semalam, sebanyak 441,100 dos jumlah pemberian dos vaksin harian COVID-19 telah diberikan kepada penerima.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 137,555 adalah dos pertama manakala seramai 303,545 individu telah menerima suntikan dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka,” katanya.

Selangor terus mencatatkan laporan harian pemberian vaksin tertinggi dengan sebanyak 14,428 bagi dos pertama, manakala sebanyak 99,434 bagi dos kedua.

Diikuti, Johor dengan sebanyak 31,417 bagi dos pertama manakala sebanyak 34,016 bagi dos kedua.

Sementara, Putrajaya pula merekodkan pemberian dos vaksin sifar bagi dos pertama dan sebanyak 2,576 bagi dos kedua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here