81.3 peratus dewasa Lembah Klang lengkap dos kedua

0
25

CYBERJAYA – Sebanyak 81.3 peratus populasi dewasa di Lembah Klang telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Peratusan itu membabitkan jumlah penerima seramai 5,014,230 berdasarkan jumlah kumulatif sekaligus melengkapkan vaksinasi.

Laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, sebanyak 6,641,887 individu telah menerima suntikan dos pertama bersamaan 107.7 peratus jumlah populasi dewasa.

Setakat semalam, sebanyak 30,840,093 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penerima.

Daripada jumlah itu, seramai 18,121,392 individu menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, atau 55.5 peratus jumlah populasi (77.4 peratus jumlah populasi dewasa).

Sementara, seramai 12,718,701 individu menerima suntikan dos kedua vaksin, atau 38.9 peratus jumlah populasi (54.3 peratus jumlah populasi dewasa).

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Twitter, semalam, sebanyak 469,690 dos jumlah pemberian dos vaksin harian diberikan kepada penerima.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 159,792 adalah dos pertama manakala 309,898 individu menerima suntikan dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka,” katanya.

Selangor terus mencatatkan laporan harian pemberian vaksin tertinggi dengan sebanyak 14,745 bagi dos pertama, manakala sebanyak 96,884 bagi dos kedua.

Diikuti, Kuala Lumpur dengan sebanyak 17,482 dos pertama manakala sebanyak 55,706 bagi dos kedua.

Sementara, Putrajaya merekodkan sifar bagi pemberian dos pertama vaksin, manakala sebanyak 2,964 bagi dos kedua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here