Abdul Hadi nyata sokongan kepada Muhyiddin

0
173
Abdul Hadi Awang

CYBERJAYA – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian akan terus bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun Ahli Parlimen Pagoh itu sudah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Abdul Hadi berkata demikian dalam melalui status di laman Facebook beliau sebagai menyatakan penghargaan terhadap Muhyiddin dan komitmen terus bersama dalam Perikatan Nasional.

“Sebentar tadi saya menghubungi Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan setinggi penghargaan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Saya turut mengulangi komitmen untuk terus bersama di waktu senang dan susah khususnya dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita,” kata Ahli Parlimen Marang itu semalam.

Muhyiddin kini memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sementara sebagaimana yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas meletak jawatan semalam.

Perletakan jawatan bersama kesemua anggota Kabinet itu berikutan hilangnya sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat susulan penarikan balik sokongan UMNO terhadap kerajaan Perikatan Nasional pimpinannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here