Agong dan Raja Permaisuri Agong zahirkan ucapan takziah kepada keluarga Siti Sarah

0
49

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Siti Sarah Raisuddin yang kembali ke Rahmatullah hari ini.

Istana Negara menerusi laman Facebook memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut menzahirkan rasa sedih di samping berharap seluruh keluarga Allahyarhamah sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” demikian menurut hantaran itu sebentar tadi. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here