Agong pengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Jumaat ini

0
47
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

CYBERJAYA -Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada Jumaat ini. 

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu akan membincangkan isu-isu semasa.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong akan cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan tangungjawab seorang Raja Berpelembagaan berteraskan keluruhan Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

“Semalam, Yang di-Pertuan Agong bersama Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menerima menghadap ketua-ketua dan wakil parti politik utama di Istana Negara.

“Sesi menghadap bersama wakil UMNO, DAP, PKR, Bersatu, Pas, Amanah, Warisan dan pejuang itu telah berlangsung lebih 90 minit bermula 2.30 petang,” katanya dalam kenyataan Istana Negara hari ini.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong turut berkenaan menerima menghadap secara maya pada pukul 1.40 petang membabitkan komponen-komponen parti Gabungan parti Sarawak (GPS).

“Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan titah dan tujuan utama sesi menghadap iaitu sesiapapun yang dilantik menerajui kepimpinan Kerajaan Persekutuan hendaklah dipilih mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan dan pada masa yang sama negara bergelut dengan isu kesihatan dan ekonomi akibat Covid-19.

“Kesepakatan dan kejujuran ahli-ahli Dewan Rakyat sangat perlu bagi memastikan kemaslahatan dan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara lagi, pada sesi menghadap itu, Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan 220 Ahli parlimen mempersembahkan kepada baginda surat akuan yang menyatakan seorang ahli Dewan Rakyat yang layak menjadi Perdana Menteri.

Selain itu, baginda turut bertitah bahawa Perdana Menteri baharu yang dilantik menurut Perkara (4)(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak juga menzahirkan pandangan bahawa kemelut politik yang berlarutan tanpa titik noktah ini telah menganggu-gugat tadbir urus kerajaan ketika negara masih diancam pandemik Covid-19.

“Baginda berdua menegaskan bahawa semua kemelut politik dan kecelaruan polirik telag memberi kesan negatif yang mendalam kepad aekonomi negara, di samping itu mengadakan PRU-15 bukan satu pilihan terbaik ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sebelum mengakhiri sesi menghadap semalam, baginda turut mengingatkan ketua-ketua dan wakil parti bahawa agli Dewan Rakyat yang menang seharusnya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan yang tidak berjaya dan semua perlu bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan.

“Dalam erti kata lain, yang menang tidak menang semua manakala yang kalah tidak kalah semua,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here