“Agong terima peletakan jawatan saya”

0
652
Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Peletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang, Hizwan Ahmad beliau menerima mesej ringkas itu yang berbunyi;
“Agong terima peletakan jawatan saya, Allahuakhbar.”

Mesej ringkas itu dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

Terdahulu, Perdana Menteri meninggalkan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong selama 40 minit.

Mesej yang didakwa diterima oleh Hizwan dari Perdana Menteri

Dalam pada itu, Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi, Khairy Jamaludin Abu Bakar memaklumkan bahawa Kabinet telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada Yang Di-Pertuan Agong, hari ini.

Khairy yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), berkata demikian dalam satu mesej ringkas yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, sebentar tadi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here