Ahli Parlimen pembangkang berarak di Dataran Merdeka, desak PM letak jawatan

0
215
Anwar mengetuai perarakan untuk mendesak PM letak jawatan di Dataran Merdeka hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berarak di Dataran Merdeka hari ini mendesak Perdana Menteri meletak jawatan.

Ahli-Ahli Parlimen pembangkang berarak sambil membawa banner tertera tulisan ‘Mahiaddin&Kabinet Letak Jawatan’ selain laungan letak jawatan dan reformasi.

Sebelum berarak Anwar dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga dilihat memberikan ucapan masing-masing di Dataran Merdeka.

Tun Mahathir Mohamad juga turun padang berhimpun dinDataran Merdeka

Terdahulu hari ini, laluan ke Parlimen ditutup susulan penangguhan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

Keadaan berkenaan menyebabkan Ahli Parlimen pembangkanh memilih untuk berkumpul di Dataran Merdeka bagi menunjukkan protes mereka berhubung perkara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here