Ahli Parlimen sokong Ismail Sabri mula tiba di Istana Negara

0
54
Bas membawa Ahli Parlimen mula tiba di Istana Negara

KUALA LUMPUR- Sebanyak 114 Ahli Parlimen dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Difahamkan, sesi menghadap itu bagi mengesahkansokongan mereka terhadap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Pada pukul 10.40 pagi tadi, bas-bas yang membawa sejumlah Ahli Parlimen serta beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) tiba di Istana Negara.

Ahli-ahli Parlimen para hari ini hadir secara berperingkat seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Istana Negara.

Sementara itu, kumpulan kedua tiba kira-kira 11 pagi membabitkan seramai 25 orang Ahli Parlimen mewakilo Bersatu, UMNO dan bebas.

Mereka termasuklah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika ini, kira-kira 100 petugas media berkampung di Pintu 2 Istana Negara bagi mengikuti perkembangan semasa politik negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here