Aksi mengait tepi kolam curi tumpuan

0
85
Imej Tom Daley sedang mengait di tepi kolam renang berjaya mencuri tumpuan peminat di seluruh dunia.

TOKYO – Aksi jaguh terjun Great Britain, Tom Daley yang sedang mengait berjaya mencuit hati para peminat seluruh dunia.

Aksi Daley itu dirakam ketika dia hadir menyaksikan acara akhir terjun wanita 3 meter (m) papan anjal di Pusat Akuatik Tokyo, semalam.

Daley,27 merupakan pemenang pingat emas acara terjun seirama 10m platform bersama rakan sepasukannya, Matty Lee pada Isnin lepas.

Minat Daley dalam seni mengait bukan baharu, dan menurut beliau, merupakan satu proses “yang amat menenangkan”.

Beliau turut mempunyai akaun Instagram madewithlovebytomdaley bagi berkongsi minat uniknya dengan para peminat.

Daley akan kembali beraksi dalam acara 10m platform individu pada Rabu nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here