Anak sulung bekas mufti Perak meninggal dunia

0
368

CYBERJAYA – Anak sulung bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Menurut adik allahyarham, Datuk Ahmad Wafi Harussani, abangnya, Abdul Hakim Mazhar, 54, meninggal dunia pada pukul 3.30 pagi tadi.

“Ye betul. Abang saya meninggal dunia pagi tadi,” jawab Ahmad Wafi dalam satu meesj ringkas, sebentar tadi.

Allahyarham meninggalkan empat anak masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 hingga 28 tahun.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat, Ipoh.

Pada 30 Mei lalu, Harussani meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here