Anggota polis meninggal dunia, rebah di depan bank

0
386
Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof

CYBERJAYA – Seorang anggota polis yang bertugas di balai polis di sini meninggal dunia di hadapan sebuah bank di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, tengah hari semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, anggota itu ialah Sarjan Che Bahari Che Awang, 52, yang sudah 30 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, kejadian berlaku jam 12.10 tengah hari di hadapan bank berkenaan.

Allahyarham Sarjan Che Bahari

Katanya, Allahyarham yang menghidap penyakit buah pinggang tinggal di Apartmen Casa Dahlia, Taman Dahlia di Bandar Baru Salak Tinggi.

“Jenazah dibawa ke Hospital Serdang untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat.

“Seluruh warga IPD Sepang menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan didoakan agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama solihin,” katanya dalam satu hantaran dalam Facebook IPD Sepang di semalam.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here