Angka kematian akibat Covid-19 di Rusia semakin mengerikan

0
287
Peningkatan kes dikaitkan dengen penularan varian Delta.

MOSCOW – Jumlah kematian rakyat negara ini akibat penularan Covid-19 atau penyakit berkaitan pandemik itu direkodkan sebanyak 50,421 kes pada Julai lalu.

Jumlah kematian yang jauh melebihi angka pada bulan-bulan lalu itu disifatkan perkembangan yang mengerikan ketika ini, lapor agensi berita luar.

Pihak berkuasa kesihatan Rusian mendakwa, peningkatan kes kematian itu berpunca daripada penularan varian Delta yang lebih berbahaya dan kadar vaksinasi yang rendah ketika berdepan dengan gelombang baharu Covid-19 pada bulan lalu.

Di Moscow sahaja, jumlah kematian pada Julai sahaja memuncak sebanyak 17,237, jumlah tertinggi sejak penularan wabak itu.

Menurut data daripada Dewan Bandaraya Moscow, jumlah kematian terburuk yang direkodkan setakat ini itu merupakan peningkatan sebanyak 70 peratus berbanding kadar kematian sebelum pandemik.

Lebih mengerikan, Perkhidmatan Statistik Persekutuan Rusia (Rosstat) mendakwa negara itu mencatatkan sekitar 365,000 kematian berkaitan Covid-19 antara April hingga Julai.

Angka itu melebihi jumlah kematian rasmi sekitar 180,000 orang, yang diterbitkan oleh pasukan petugas coronavirus Russia pada awal Jumaat.

Bagaimanapun, beberapa ahli epidemiologi menerima angka yang dikongsi Rosstat dan menyifatkan anggaran kadar kematian secara berlebihan itu adalah kaedah terbaik untuk menilai jumlah kematian semasa wabak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here