Angka kes baharu tunjuk penurunan tiga hari berturut-turut

0
43
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Masuk hari ketiga berturut-turut, angka kes baharu Covid-19 menunjukkan trend penurunan apabila sebanyak 17,236 kes dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

Angka pada hari ini adalah lebih rendah daripada yang dilaporkan pada hari Sabtu iaitu 19,257 kes, dan semalam (18,688 kes).

Untuk rekod, jumlah kes baharu pada 6 Ogos direkodkan sebagai angka kes harian tertinggi negara iaitu 20,889 kes.

Pertambahan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 1,279,776 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, negeri Selangor masih mencatat bilangan kes tertinggi dengan 5,740 kes.

“WP Kuala Lumpur mencatat 1,567 kes, diikuti Kedah dengan 1,328 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu ciapan sebentar tadi.

Tiga lagi negeri turut mencatat kes baharu melebihi 1,000 iaitu Johor (1,232), Sabah (1,247) dan Negeri Sembilan (1,215).

Hanya WP Labuan mencatat angka kes baharu dalam bilangan satu angka, apabila sebanyak 8 kes baharu dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here