Angka korban gempa bumi di Haiti kini lebih 2,000 orang

0
26
Mangsa-mangsa gempa bumi di Haiti kini terpaksa tinggal di khemah sementara ekoran kesukaran misi bantuan.

PORT-AU-PRINCE – Angka korban gempa bumi yang berlaku 160 kilometer dari bandar ini pada Sabtu lalu kini meningkat kepada 2,189 orang dengan lebih 12,260 dilaporkan cedera.

Menurut Agensi Perlindungan Pertahanan Haiti, dianggarkan 332 orang masih hilang dalam gempa bumi berukuran 7.2 skala ritcher itu.

Operasi mencari dan menyelamat di negara yang dilanda Ribut Tropika Grace itu berdepan kesukaran ekoran hujan dan angin kencang.

Puluhan ribu bangunan dan infrastruktur dilaporkan musnah dalam gempa tersebut dengan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Bruno Maes menganggarkan kira-kira 500,000 juta kanak-kanak yang terlibat dalam bencana alam itu kini terputus bekalan air bersih, makanan dan tempat tinggal.

“Kebanyakan daripada kanak-kanak dan keluarga yang terkesan teruk di Les Cayes kini terpaksa tinggal di khemah,” katanya.

Sementara itu mangsa-mangsa di kawasan pedalaman dilaporkan masih tidak menerima bantuan ekoran terputus hubungan akibat ribut dan hujan lebat.

Malapetaka terbaharu itu dijangka akan memburukkan lagi urusan pentadbiran kerajaan Haiti dalam kekalutan usaha membendung Covid-19 dan ketidakstabilan politik ekoran pembunuhan Presiden, Jovenel Moise pada bulan lalu.

Gegaran yang berlaku pada Sabtu lalu itu terletak kira-kira 96 kilometer dari pusat gempa tahun 2010 yang mengorbankan 220,000 nyawa di negara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here