Animasi KRING! akan ditayang di kaca TV

0
128
Animasi KRINGS yang dibangunkan oleh Brainy Bones Studio, anak syarikat Kumpulan Malakat Eco.

CYBERJAYA – Animasi tempatan, KRING! yang memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan antarabangsa bakal menjadi siri animasi di stesen televisyen utama negara ini.

Siri kartun yang dihasilkan oleh Brainy Bones, sebuah studio kreatif yang bernaung di bawah Kumpulan Malakat Eco itu dijangka akan ke udara pada tahun depan.

Pengarah Urusan Brainy Bones Studio, Hilmi Ismail berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa peringkat perbincangan dengan sebuah syarikat televisyen utama tempatan untuk menyiarkan animasi KRING!

Katanya, berbeza dengan karya pertama yang dipersembahkan tanpa suara, siri KRING! baharu itu nanti akan menggunakan suara latar untuk persembahan yang lebih menarik.

“Untuk musim pertama, kami sasarkan 26 episod animasi berdurasi 11 minit. Tapi ini masih di peringkat perbincangan dengan stesen TV.

“Setakat ini, episod pertama KRING! yang ditayangkan di YouTube pada 18 Ogos lalu telah menerima 7,000 tontonan dan kami juga menerima maklum balas yang cukup baik,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Hilmi berkata, animasi itu masih memaparkan watak ‘Teacher Suraya’ yang berdepan dengan pelbagai cabaran mendidik, terutama anak muridnya, Mael.

Selain itu katanya, persembahan KRING! juga akan dimeriahkan dengan pelbagai lagi watak untuk tampil sebagai satu lagi karya animasi negara.

Hilmi Ismail
Karakter baharu yang akan memeriahkan animasi KRINGS!
Pencapaian dan pengiktirafan yang diterima KRINGS setakat ini.

“Semoga cerita ini akan dapat menjadi hiburan berkualiti yang dapat memberikan banyak pengajaran baik kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Animasi ini juga sarat dengan mesej kehidupan, kekeluargaan dan keseronokan alam persekolahan,” katanya.

Pada masa yang sama, Hilmi turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada mentor dan produser Brainy Bones iaitu Mohd. Fadzil Hashim serta mereka yang terlibat dalam menghasilkan animasi tersebut.

Untuk rekod, animasi KRING! telah memenangi 6 anugerah termasuk 4 di peringkat antarabangsa.

Antaranya adalah Best Animated Film for Kids at ReAnima Festival 2020; Best Short Animation Award at the 4th Festival International Du Film Sur Les Handicap 2020 (FIFH); Jury Award, Kuala Lumpur International Film Festival In The Sky (KLIFFS) 2020 dan Cartoon Kids Award 2021.

Episod baharu KRINGS boleh ditonton di pautan di bawah:

Siri Animasi Terbaru - KRING! Animated Series - Pilot Episode | Teacher Suraya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here