Anwar sambut baik Muhyiddin letak jawatan

0
200

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim – Gambar arkeb foto/FaridJanudin

CYBERJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Presiden PKR berkata, keputusan itu akan membuka ruang ke arah perubahan buat negara.

“Saya menggesa semua pihak untuk bertenang dan berdoa supaya Malaysia kembali bangkit kuat dalam menghadapi tantangan kesihatan dan ekonomi saat ini.

“Saya ucap terima kasih atas khidmat beliau pada negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Muhyiddin mengumumkan peletakkan jawatannya dan barisan Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong selepas hilang sokongan majoriti ahli Parlimen.

Pengumuman itu dibuat dalam satu perutusan khas oleh Perdana Menteri sebentar tadi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here