Aplikasi baharu pantau individu Covid-19 kuarantin di rumah akan diperkenalkan

0
78
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Pergerakan pesakit Covid-19 yang menjalani perintah kuarantin di rumah akan dipantau menerusi satu aplikasi ‘geofencing’ yang baharu diperkenalkan, baru-baru ini.

Aplikasi yang diperkenalkan oleh Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV STF) dan belum diberi nama itu, kini sedang melalui fasa perintis dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya, lengkap dengan fungsi notifikasi dan ‘tracking’ pesakit, pada awal minggu hadapan.

Menurut portal Berita Harian, Komander Bersama GKV STF, Brigedier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen berkata berkata, tujuan utama aplikasi itu dibangunkan adalah mengurangkan penularan dalam komuniti yang biasanya terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab pesakit Covid-19.

“Ia akan menjadi aplikasi yang diwajibkan terhadap mereka yang berada dalam kategori 1 dan 2 yang kuarantin di rumah,” katanya dalam satu sidang akhbar, baru-baru ini.

Turut hadir, Komander Bersama Joint Task Force, Datuk Dr. Mohamed Alwi Abdul Rahman, yang juga Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Selayang.

Mereka yang positif Covid-19 serta menjalani kuarantin di rumah akan diwajibkan memuat turun aplikasi berkenaan di telefon bimbit dan keberadaan mereka sepanjang tempoh itu akan dipantau pihak berkuasa.

Pihak berkuasa akan mengambil langkah segera termasuk tindakan undang-undang sekiranya pesakit didapati keluar dari rumah atau melebihi radius yang sudah ditetapkan.

Aplikasi ‘geofencing’ ini adalah berbeza dengan aplikasi MySejahtera kerana ia mempunyai fungsi dan tujuan yang berbeza.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here