AS lancar serangan dron

0
449
Serangan bom bunuh diri di lapangan terbang Kabul pada awal pagi kelmarin mengorbankan puluhan nyawa termasuk 13 anggota tentera AS.

WASHINGTON – Pihak tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan melancarkan serangan udara ke atas pengganas ISIS-K di timur Afghanistan, awal pagi tadi.

Menurut Reuters, serangan udara menggunakan dron itu dilancarkan di wilayah Nangarhar, yang terletak berhampiran sempadan Afghanistan dengan Pakistan.

“Petunjuk awal mengatakan kita berjaya memusnahkan sasaran itu.

“Tiada orang awam yang menjadi mangsa dalam serangan tersebut,” kata pihak Pemerintahan Tengah AS dalam satu kenyataan.

Dron tersebut yang dilancarkan dari sebuah negara yang tidak dinamakan di Timur Tengah, berjaya memusnahkan sebuah kenderaan yang dinaiki oleh dua indidivu dipercayai pengganas.

Difahamkan, serangan udara tersebut disasarkan ke atas pihak yang terlibat dalam serangan bom bunuh diri di lapangan terbang Kabul, awal pagi kelmarin (waktu Malaysia).

Dalam kejadian itu, sebanyak 13 anggota tentera AS termasuk puluhan lagi rakyat Afghanistan dan warga negara lain, dilaporkan terbunuh dalam pengeboman itu.

Kelmarin, pihak ISIS-K dilaporkan mengaku bertanggung jawab terhadap insiden pengeboman berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here