
CYBERJAYA – Jaguh olahraga Norway, Karsten Warholm melakar rekod dunia baharu dalam acara 400 meter berpagar di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Catatan 45.94 saat itu membolehkan Warholm merangkul emas dengan mengetepikan wakil Amerika Syarikat, Rai Benjamin yang mencatat 46.17 saat.
Gangsa pula menjadi milik atlet Brazil, Alison Dos Santos yang mencatat masa 46.72 saat.
Untuk rekod, Warholm sebenarnya memecahkan rekod miliknya sendiri iaitu 46.70 saat yang dicatatkan pada Julai lalu.
Beliau ketika itu memecahkan rekod yang dipegang Kevin Young (46.78 saat) sejak Sukan Olimpik Barcelona 1992.
Pada aksi hari ini, Warholm menampilkan larian bertenaga dengan memimpin perlumbaan sejak awal lagi sebelum cuba diberikan saingan oleh Benjamin di saat akhir.Â
Bagaimanapun, atlet berumur 25 tahun itu kekal tenang dan mengekalkan rentak sebelum melakar satu lagi rekod dunia baru dalam acara olahraga.