
TOKYO – Jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat perak dalam final Keirin di temasya Sukan Olimpik Tokyo sebentar tadi.
Dalam acara di Velodrum Izu itu, beliau tewas kepada pesaing dari Great Britain, Jason Kenny manakala juara dunia yang merupakan atlet dari Belanda, Harrie Lavreysen meraih gangsa.
Pingat perak yang dimenangi pelumba kelahiran Terengganu itu adalah pingat terakhir buat kontinjen negara yang membawa pulang dua pingat pada saingan kali ini.
Pingat pertama iaitu gangsa disumbangkan oleh beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.