Azizulhasni ke suku akhir keirin esok

0
132

TOKYO – Pelumba pecut negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Mohd. Shah Firdaus Sahrom berjaya layak ke pusingan suku akhir acara keirin esok.

Dalam pusingan kelayakan di Velodrom Izu tadi, Azizulhasni layak secara automatik memenangani perlumbaan saringan ketiga dihadapan pelumba Trinidad dan Tobago, Nicholas Paul yang turut mara secara automatik.

Bagaimanapun, laluan pelumba muda negara, Mohd. Shah Firdaus Sahrom sedikit sukar apabila dia terjatuh pada perlumbaan saringan kedua yang diadakan terlebih dahulu.

Shah Firdaus yang mengalami sedikit kecederaan pada bahu kirinya tidak berlumba pada perlumbaan semula yang diadakan kemudian.

Namun, pada pusingan repechage, Shah Firdaus mempamerkan semangat juang yang tinggi apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua setelah terpaksa mengejar pelumba lain dari posisi paling terbelakang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here