Azmin tidak pernah ugut tarik balik sokongan jika tidak dilantik sebagai TPM

0
186
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

CYBERJAYA- Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak pernah mengugut untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Setiausaha Politik Mohamed Azmin, Muhammad Hilman Idham berkata, laporan yang telah disiarkan oleh beberapa portal sebelum ini berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.

“Laporan tersebut diyakini bertujuan untuk menggugat kestabilan dan perpaduan yang semakin utuh dalam Perikatan Nasional (PN) yang mendukung kepimpinan Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

“Amat dikesali, kedua-dua portal media tersebut tidak dapat mengesahkan kebenaran sumber yang dilaporkan demi menjamin laporan yang tepat dan bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika ini, nama Mohamed Azmin antara yang disebut-sebut bakal mengalas jawatan timbalan perdana menteri dalam pentadbiran yang diterajui Ismail Sabri.

Sebelum ini Mohamed Azmin merupakan Menteri Kanan dan menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mohamed Azmin juga pernah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika Pakatan Harapan menguasai kerajaan dan pernah menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here