Balik kampung sambut Raya Korban punca semua negeri kembali terkesan dengan Covid-19?

0
21
Komen Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya hari ini

CYBERJAYA – Semua negeri ketika kembali terkesan dengan pandemik Covid-19 selepas beratus orang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Perkara berkenaan dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam ruangan komen di laman Facebooknya hari ini.

Ia merupakan reaksi balas Dr. Noor Hisham selepas seorang individu bernama ‘Zila Din’ mempersoalkan saranan Dr. Noor Hisham agar semua orang duduk di rumah.

“Nak duduk cmne lg doktor…dah 2 tahun duduk terperuk kat rumah haaaa…Tolong la fikirkan cara lain nak bagi kes turun…apa lagi yang rakyat tak buat, vaksin makin ramai pun naik juga kes,” soal Zila Din.

Sebagai reaksi balas, Dr. Noor Hisham memaklumkan ketika Raya Korban beratus orang balik kampung dan semua negeri kini terkesan.

Terdahulu dalam hantaran asalnya, Dr Noor Hisham memaklumkan agar orang ramai mesti diberi vaksin dan mengasingkan diri, mengelakkan ruang sesak dan terkurung.

“Sila ambil semua langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada dijangkiti. Kekal selamat dan duduk dirumah,” katanya.

Menerusi hantaran itu, Dr. Noor Hisham turut menyertakan sekeping gambar dengan kapsyen ‘manusia bergerak, manusia berhimpun. Virus tidak berhimpun. Virus merebak dan berjangkit apabila manusia bergerak dan berhimpun. Kita telah kurangkan pergerakan dan ini akan membantu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Sementara itu, pada hari ini, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat sebanyak 21,468 kes baharu Covid-19 di seluruh negara sekali gus menjadikan kes kumulatif ketika ini ialah 1,363,683 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here