Banjir kilat terbesar di Turki ragut 17 nyawa

0
311
Penduduk di kawasan terjejas menggunakan jengkaut untuk melalui kawasan ditenggelami banjir kilat di Turki, semalam.

ISTANBUL – Rakyat Turki terus diuji apabila banjir kilat berskala besar meragut nyawa 17 orang dan memusnahkan kediaman, jambatan dan jalan raya di kawasan berhampiran Laut Hitam, bahagian utara negara itu.

Pihak berkuasa berkata, 15 orang maut dalam kejadian banjir di wilayah Kastamonu manakala 2 lagi maut di Sinop dan seorang lagi dilaporkan hilang.

Malapetaka itu juga menyebabkan lebih 1,400 orang dipindahkan dari kawasan terjejas dan bantuan helikopter dan kapal laut, lapor pihak berkuasa pengurusan bencana dan kecemasan (AFAD) Turki.

“Banjir merosakkan infrastruktur elektrik, menyebabkan kira-kira 330 kampung terputus bekalan elektrik.

“Lima jambatan runtuh dan banyak lagi yang rosak, menyebabkan penutupan jalan.

“Sekurang-kurangnya 740 mangsa yang terlibat kini masih di penempatan asrama pelajar,” katanya.

Menteri Pertanian dan Perhutanan, Bekir Pakdemirli berkata, menurut rekod meteoroligi, bencara alam itu antara yang terbesar pernah direkodkan dalam tempoh seabad ini.

Sementara itu, dianggarkan 1,000 anggota penyelamat dikerahkan ke kawasan terjejas bersama pasukan Bulan Sabit Merah negara itu yang menyalurkan bantuan makanan.

Bencana itu berlaku sejurus selepas pihak berkuasa tempatan mula dapat mengawal kebakaran hutan yang berlaku di beberapa bahagian negara itu sejak beberapa minggu lalu.

Kebakaran hutan terbesar yang pernah disaksikan di negara itu sehingga kini telah meragut 8 nyawa, memusnahkan puluhan ribu hektar dan ratusan kediaman penduduk.

Penduduk bandar membersihkan sisa lumpur yang tersekat dan menghalang laluan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here