Bantuan guru tadika di Selangor dibuka 15 Ogos

0
28
Amirudin Shari

CYBERJAYA – Permohonan fasa kedua bagi bantuan sekali bayar sebanyak RM150 kepada guru tadika negeri ini dibuka bermula 15 Ogos hingga 6 September ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 itu diharap dapat meringankan beban golongan pendidik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

“Dari sasaran 10,197 guru yang bakal menerima manfaat ini, sebanyak 7,177 telah mengemukakan permohonan bantuan fasa pertama.

“Permohonan fasa kedua bermula 15 Ogos 2021 akan dibuka bagi memastikan peruntukan bantuan ini dimanfaatkan sepenuhnya,” kata dalam kenyataan di di Facebook hari ini.

Pada 23 Julai, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkata lebih 3,000 guru tadika belum memohon bantuan tersebut.

Mohd Hafeez Shaari menjelaskan inisiatif yang menyasarkan 10,197 guru boleh dimohon menerusi persatuan tadika berdaftar dan pejabat pendidikan daerah.

Pada 9 Jun, Amirudin mengumumkan bantuan sekali bayar RM150 kepada guru tadika manakala RM450 kepada 1,018 pengusaha melibatkan peruntukan RM1.99 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here