Barisan Kabinet akan diumumkan petang ini?

0
55
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA- Siapa yang akan menganggotai Kabinet dijangka akan diumumkan petang ini selepas senarai barisan jemaah menteri mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang bagi mempersembahkan nama barisan Kabinet baharu dibawah pimpinannya.

Ismail Sabri menghadap Seri Paduka Baginda pada pukul 11 pagi tadi dan kembali ke ibu negara pada pukul 2 petang.

Menurut laporan beberapa portal berita, senarai Kabinet akan akan diumumkan pada petang ini.

Selepas pengumuman barisan Kabinet itu, jemaah menteri yang dilantik itu akan mengangkat sumpah esok.

Ismail Sabri yang merupakan Ahli Parlimen Bera mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos lalu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan ekoran hilang sokongan majoriti.

Ismail Sabri dalam sidang akhbarnya sebelum ini memaklumkan barisan Kabinetnya akan diumumkan pada minggu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here