Belgium rangkul emas hoki lelaki

0
61
Seorang pemain Australia cuba melarikan bola daripada pemain Belgium dalam perlawanan akhir hoki lelaki, sebentar tadi.

TOKYO – Pasukan Belgium merangkul pingat emas acara hoki apabila berjaya menewaskan Australia 3-2 menerusi pukulan penalti, awal malam tadi.

Dalam perlawanan di Stadium Hoki Oi itu tadi, perlawanan masa sebenar berkesudahan dengan keputusan 1-1.

Belgium terlebih dahulu membuka jaringan menerusi jaringan gol padang Florent van Aubel pada minit ke-32.

Australia hanya berjaya menyamakan kedudukan pada suku keempat perlawanan menerusi Tom Joseph Wickham pada minit ke-47.

Kemenangan ini merupakan yang pertama buat Belgium daripada acara hoki lelaki dalam temasya Olimpik.

Pada temasya Rio 2016, Belgium menggondol pingat perak setelah tewas kepada Argentina dalam perlawanan akhir, manakala Australia pula menamatkan kempen mereka di tempat ke-6.

Terdahulu, pasukan India berjaya membawa pulang pingat gangsa setelah menewaskan pasukan Jerman 5-4.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here