Bomba terpaksa naik feri padamkan kebakaran masjid di Pulau Bruit

0
295

Masjid Al-Amin di Kampung Semop, Pulau Bruit, Daro musnah dalam kebakaran petang tadi.

KUCHING – Sepasukan anggota bomba terpaksa menempuh perjalanan yang mencabar sebelum dapat membantu memadamkan kebakaran yang berlaku di Masjid Al-Amin di Kampung Semop, Pulau Bruit, Daro petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, dalam kejadian pukul 5.41 petang itu masjid berkenaan gagal diselamatkan dan musnah terbakar sepenuhnya.

Bagaimanapun, katanya, tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian.

“Sepasukan tujuh anggota dengan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu. Bagaimanapun, bomba terpaksa menempuh perjalanan jauh termasuk menaiki feri kerana lokasi kejadian itu terletak di Pulau Bruit.

Penduduk kampung membantu memadamkan kebakaran

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran sudah memusnahkan keseluruhan masjid berstruktur separuh kekal itu,” katanya memetik laporan Berita Harian hari ini.

Menurutnya kebakaran itu dipadam oleh penduduk kampung dengan bantuan lori tangki air dari Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Daro.

Masjid Al-Amin yang dirakam sebelum kejadian kebakaran berlaku

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran sudah memusnahkan keseluruhan masjid berstruktur separuh kekal itu,” katanya.

Menurutnya kebakaran itu dipadam oleh penduduk kampung dengan bantuan lori tangki air dari Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Daro.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here