
CYBERJAYA – Peneraju institusi pendidikan awal kanak-kanak, Brainy Bunch membuka peluang kepada pelabur yang berminat untuk menjadi pemilik bersama Brainy Bunch melalui Unit Saham Amanah Brainy Bunch.
Menurut Pengasasnya, Mohd Fadzil Hashim, unit saham amanah tersebut ditawarkan dengan harga RM5,000 seunit dengan Amanah Warisan Berhad dilantik sebagai pemegang amanah.
“Brainy Bunch sedang dalam usaha mengembangkan operasi ke seluruh dunia setelah lebih 10 tahun membina jenama pendidikan yang terbaik di negara kita.
“Brainy Bunch sedang melaksanakan fasa kedua ‘Brainy Bunch Exponential Growth Plan’ yang akan menjadikan Brainy Bunch Jenama Pendidikan terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun.
“Peluang memiliki Saham Amanah Brainy Bunch ini pula adalah bertujuan memberikan peluang untuk anda mendapat keuntungan berganda apabila Brainy Bunch disenaraikan di NASDAQ nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, langkah pihaknya menyenaraikan Brainy Bunch di NASDAQ ialah bagi memberikan nilai pelaburan yang berganda.

Berikutan itu, katanya, semua pemegang Unit Saham Amanah Brainy Bunch berpeluang mendapat minimum 10 kali ganda daripada nilai pelaburan.
“Maknanya jika anda membeli saham Amanah Brainy Bunch sekarang sebanyak RM5,000, nilai sasaran IPO ialah RM50,000. Jika jumlah saham amanah ialah RM100,000 pula nilai sasaran IPO ialah RM1 juta.
“Kebiasaannya peluang ini hanya diberikan kepada pelabur yang besar sahaja dan inilah sebenarnya cara mereka menggandakan wang mereka. Dan biasanya ini hanya dapat dinikmati oleh venture capital, private equity yang mempunyai dana yang besar.
“Strategi ini di panggil ‘capital mechanism’ tapi kami ingin membuka peluang kepada anda semua mendapat peluang menggandakan wang anda,” katanya.
Sehubungan itu, Coach Fadzil mengajak pelabur yang berminat untuk hadir ke sesi penerangan penuh ‘Brainy Bunch Roadmap to NASDAQ’ pada Jumaat ini pukul 10 pagi dengan mendaftar di pautan bit.ly/BrainyBunchPreIPOInterest.-MT