
CYBERJAYA – Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim hari ini mengesahkan bahawa Brainy Bunch Inc USA telah berjaya didaftarkan.
Mohd Fadzil berkata, pasukannya akan ke New York hujung tahun ini untuk memuktamadkan pengambialihan ‘Childcare Center’ untuk dijadikan Kampus Brainy Bunch USA pertama.
“Alhamdulillah! Brainy Bunch Inc USA berjaya didaftarkan.
“Insya-Allah kami akan ke New York hujung tahun ini untuk memuktamadkan pengambialihan Childcare centre untuk dijadikan Kampus Brainy Bunch USA pertama.

“Anda masih berpeluang menjadi pemilik bersama Brainy Bunch melalui Program Amanah Ihsan Brainy Bunch dengan hanya RM5,000,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Mohd Fadzil juga turut meminta semua pihak mendoakan agar Allah permudahkan usaha untuk mengembangkan Impak sistem pendidikan SPICE Brainy Bunch untuk lebih 1 Juta anak-anak dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.