Brainy Bunch sasar 60,000 pelabur Unit Saham Amanah Brainy Bunch

0
114
brainy-bunch-building
Kompleks Brainy Bunch di Cyberjaya

CYBERJAYA -Peneraju institusi pendidikan awal kanak-kanak, Brainy Bunch menyasarkan sebanyak 60,000 pelabur membuat pelaburan untuk menjadi menjadi pemilik bersama Brainy Bunch melalui Unit Saham Amanah Brainy Bunch.

Pengasasnya, Mohd Fadzil Hashim berkata, sehingga kini, sebanyak 1,000 pelabur dalam kalangan ibu bapa yang memiliki anak-anak di Brainy Bunch telah mendaftarkan minat untuk membuat pelaburan Unit Saham Amanah Brainy Bunch.

Mohd. Fadzil berkata, jumlah berkenaan (pelabur) dijangka bertambah bermula esok apabila Unit Saham Amanah Brainy Bunch itu akan mula dibuka kepada orang ramai dan untuk nilai pelaburan pula dijangka mencecah sehingga RM300 juta.

“Sebelum ini, kita tidak buka kepada orang ramai lagi. Esok, kita akan buka orang ramai. Insya-Allah kita akan buka pendfataran dalam masa sebulan. Mereka yang berminat, boleh gunakan peluang ini untuk buat pelaburan.

“Unit saham amanah tersebut ditawarkan dengan harga RM5,000 seunit dengan Amanah Warisan Berhad dilantik sebagai pemegang amanah. Brainy Bunch akan mengembangkan operasi ke seluruh dunia setelah lebih 10 tahun membina jenama pendidikan yang terbaik di negara kita.

“Brainy Bunch juga sedang melaksanakan fasa kedua ‘Brainy Bunch Exponential Growth Plan’ yang akan menjadikan Brainy Bunch Jenama Pendidikan terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun.

“Peluang memiliki Saham Amanah Brainy Bunch ini pula adalah bertujuan memberikan peluang untuk anda mendapat keuntungan berganda apabila Brainy Bunch disenaraikan di NASDAQ nanti,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Terdahulu, Mohd Fadzil hari ini memberi penerangan penuh ‘Brainy Bunch Roadmap to NASDAQ’ secara maya kepada pelabur-pelabur yang berminat untuk melabur melalui Unit Saham Amanah Brainy Bunch.

Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, langkah pihaknya menyenaraikan Brainy Bunch di NASDAQ ialah bagi memberikan nilai pelaburan yang berganda.

Untuk rekod, Brainy Bunch kini memiliki 102 Cawangan di Malaysia, empat di Singapore, dua di Indonesia, satu di Brunei dan sekolah ‘charity’ di Gaza serta sebuah Kompleks Sekolah Islam Antarabangsa di Cyberjaya dengan Bangunan bernilai lebih RM100 Juta.

Selain itu, nilai perniagaan Brainy Bunch terkini di nilaikan pada RM1 Billion.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here