Brainy Bunch tawar unit trust dengan modal RM5,000 seunit

0
564
brainy-bunch-building
Brainy Bunch

CYBERJAYA – Brainy Bunch Sdn Bhd (Brainy Bunch) membuka tawaran kepada orang ramai untuk membeli dana unit trust institusi pendidikan montessori Islam itu dengan modal RM5,000 seunit.

Menurut Pengasasnya, Mohd Fadzil Hashim, sebanyak 30 peratus saham daripada syarikat tersebut akan diperuntukkan dalam unit trust tersebut.

“Dana ini dibuka terhad kepada unit yang ditawarkan dengan tawaran harga RM5,000 seunit.

“Selain itu, pihak kami turut memberi jaminan modal 100 peratus. Dijangkakan pulangan pelaburan adalah 10 kali ganda daripada saham terbitan awam (IPO).

“Sebagai contoh jika pelaburan RM5,000 daripada ROI ialah RM50,000 dan jika pelaburan RM50,000 daripada ROI ialah RM500,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim (kanan)

Mohd Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, sejak beroperasi lebih 10 yang lalu, institusi pendidikan itu mempunyai sebanyak 102 sekolah montessori untuk pendidikan awal kanak-kanak bagi mereka yang berusia dua hingga enam tahun

Pada masa sama, katanya, Brainy Bunch juga memiliki dua sekolah antarabangsa khusus untuk pelajar berusia enam hingga 17 tahun.

“Selepas 10 tahun beroperasi, kami kini sudah berkembang di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Gaza, Palestin.

“Dan baru-baru ini, kami telah mengumumkan untuk melebarkan sayap dengan memasuki pasaran Brunei Darussalam yang mana kampus pertama di negara itu dijangka dibuka pada suku keempat tahun ini,” ujarnya.

Pelajar di sekolah antarabangsa Brainy Bunch Montessori.

Sementara itu Coach Fadzil berkata, langkah itu adalah untuk menjadikan Brainy Bunch sebagai jenama yang paling dipercayai dan diminati dalam pendidikan awal kanak-kanak di rantau ASEAN menjelang 2030.

“Insya-Allah dalam masa 10 tahun lagi kami akan menjadi syarikat bernilai RM10 bilion,” katanya.

Sehubungan itu, Coach Fadzil mengajak orang ramai menjadi yang pertama untuk merebut jumlah unit yang terhad itu.

Katanya, mereka yang mendaftar awal bermula hari ini akan mendapat jemputan khas daripada beliau untuk menghadiri majlis pelancaran Brainy Bunch Trust Fund pada 6 Ogos ini.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di
bit.ly/BrainyBunchPreIPOInterest atau mendaftar di pautan sama di fb.com/BrainyBunch atau fb.com/CoachFadzil.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here