Calon Perdana Menteri dari BN dapat 111 sokongan ahli Parlimen

0
1819
Tan Sri Annuar Musa

CYBERJAYA – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mendakwa seorang calon daripada Barisan Nasional (BN) telah memiliki sokongan majoriti sebanyak 111 ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Ketereh berkata, BN sebulat suara mencalonkan satu-satunya calon daripada gabungan itu.

Pada masa sama, katanya, BN turut mendapat lebih 69 sokongan ahli Parlimen lain.

“Alhamdulillah, baru sebentar tadi selesai perbincangan dengan ahli ahli Parlimen dan wakil parti parti sahabat yang lain untuk mohon menyokong seorang calon dari BN.

“Kami amat terharu kerana sejumlah yang lebih dari 69 yang di perlukan telah bersetuju untuk memberi laluan dan sokongan hitam putih kepada seorang calon dari BN.

“Kami MP BN akan bertemu Pengerusi BN malam ini untuk sama-sama berbincang perkembangan yang baik ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook miliknya sebentar tadi.

Sejak pukul 8 malam tadi UMNO sedang mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MT) di Menara Dato’ Onn di sini bagi menentukan calon pilihan parti untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri baharu.

Nama calon itu perlu diserahkan kepada Agong sebelum pukul 4 petang esok seperti yang dititahkan oleh baginda.

Sebelum ini, difahamkan Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mencalonkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Timbalan Perdana Menteri PN sebagai calon Perdana Menteri.

Ia susulan peletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri semalam.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here