Calon PM: Sah Pas dan UMNO hanya beri sokongan kepada Ismail Sabri

0
115
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR- UMNO dan Pas hari ini sepakat untuk menamakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri yang baharu.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui pemberita di Menara Dato’ Onn selepas menghadiri pertemuan kedua-dua parti.

Tuan Ibrahim berkata, perbincangan berhubung perkara itu dijalankan secara bersama bagi memastikan proses pemilihan calon Perdana Menteri  berjalan lancar.

“Saya mengesahkan bahawa semua 18 Ahli Parlimen Pas juga sepakat untuk menamakan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon tunggal Perdana Menteri untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kita juga siapkan semua SD Ahli Parlimen untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong. Kita sudah bincang dan parti pun sudah buat keputusan. 

“Jadi tiada isulah kerana semua 18 Ahli Parlimen Pas menyokong penuh pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri seterusnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here