Caprice takut, koyak tiket balik Malaysia

0
9554
Caprice

CYBERJAYA – Penyanyi rap terkenal, Caprice membatalkan hasrat pulang ke Malaysia selepas bimbang tahap keselamatan dirinya berikutan dicari pihak polis.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli melalui sesi Live di Instagramnya tadi berkata, situasi itu membuatkan dirinya berasa tidak selamat di Jordan dan takut untuk pulang ke tanah air.

Malah, katanya, dia berasa kusut sebaik sahaja mendapati media di Malaysia melaporkan polis meminta bantuan Interpol untuk menghubunginya.

“Saya dah beli tiket nak balik Malaysia, tapi bila baca berita kata polis minta tolong Interpol cari Caprice, Caprice terus koyak tiket.

“Bila polis dengan Interpol cari macam ini, memang tak lah Caprice nak balik Malaysia,” katanya.

Caprice dan Ebit Lew ketika di Mesir

Dalam pada itu, Caprice berkata, dia juga berasa takut dan berasa kusut apabila mengetahui dirinya sedang dicari oleh pihak polis susulan laporan polis yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ebit Lew.

“Makin lama saya ada rasa takut sikit sebab semuanya semakin pelik.

“Hidup saya kusut sedikit pagi tadi selepas media di Malaysia melaporkan PDRM hendak minta tolong Interpol cari saya di sini,” ujarnya.

Semalam polis telah memohon bantuan Interpol bagi berhubung dengan aktivis kemanusiaan, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Sebelum ini, Ebit Lew membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadap beliau menerusi laman sosial baru-baru ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here