Cari sebab kenapa ‘lockdown’ Malaysia gagal-Najib

0
143
Datuk Seri Najib Tun Razak

CYBERJAYA – Pengerusi baharu Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kerajaan baharu perlu cari sebab dan perbezaan kenapa ‘lockdown’ di Malaysia gagal.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka perlu melihat kenapa negara lain berjaya mendepani cabaran yang sama.

“India dilanda varian Delta, India buat lockdown. Kes dan kematian turun. India buka semula. Menteri-menteri India mengaku kesilapan dan letak jawatan.

“Indonesia dilanda varian Delta dan buat lockdown. Kes dan kematian turun. Indonesia mula buka semula. Presiden dan menteri-menterinya mengaku kesilapan dan minta maaf.

“Kes dan kematian Covid-19 Malaysia pula semakin naik dan tetap tinggi semakin lama kita laksanakan lockdown sehingga kes aktif Covid Malaysia cecah suku juta pesakit semalam.

“Jadi, pengerusi baharu MKN dalam kerajaan baharu perlu cari sebab dan perbezaan kenapa lockdown kita gagal,” katanya di laman Facebook hari ini.

Sementara itu, Najib turut berharap agar kaedah kendalian Covid-19 sebelum ini tidak dikekalkan oleh pentadbiran baharu negara.

“Adakah kita perlu buat lockdown amat ketat bersama bantuan wajar untuk 7 hari hingga 10 hari bagi negeri-negeri yang masih lapor kes tinggi dengan kadar vaksinasi rendah ataupun melakukan saringan besar-besaran secara percuma mengikut daerah?

“Kena perbetulkan sebab rakyat sudah dikurung 100 hari sejak PKP 3.0 bermula – bersamaan dengan 3 bulan 8 hari. Bukan satu tempoh yang pendek atau adil untuk halang rakyat mencari rezeki,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here