Carrefour berminat jual perniagaannya di Taiwan

0
57
GAMBAR HIASAN

TAIPEI – Gergasi peruncitan Perancis, Carrefour dilaporkan berminat menjual perniagaannya di Taiwan, kata Reuters.

Difahamkan, Carrefour sudahpun melantik firma Morgan Stanley untuk menguruskan penjualan tersebut.

Perniagaan Carrefour di Taiwan dianggarkan bernilai 1.6 bilion euro (RM7.94 bilion), dan penawaran telahpun dibuat kepada beberapa pihak termasuk firma ekuiti bagi meninjau tahap minat mereka.

Disember lalu, Carrefour telah mengambil alih peruncit makanan tempatan, Wellcome Taiwan daripada Dairy Farm, sekaligus menjadikannya sebagai peruncit kedua terbesar di negara itu.

Pada Jun, peruncit terbesar Eropah itu mengumumkan mereka mungkin mengadakan konsolidasi ataupun penggabungan perniagaan mereka di luar Perancis, namun menolak kemungkinan menjual sebarang aset.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here