Casa De Madani kembali dibuka pada 1 September, pelanggan boleh mula buat tempahan

0
87
Casa De Madani, Malakat Mall

CYBERJAYA –  Berita gembira buat peminat restoran fine dining apabila Restoran Casa De Madani akan kembali dibuka semula pada 1 September ini.

Casa De Madani dalam satu kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, pihaknya akan beroperasi semula bermula Rabu depan iaitu pada 1 September.

Antara menu di Casa De Madani

“Kami teruja untuk membuka semula operasi pada Rabu depan 1 September, kami berharap dapat berjumpa dengan anda tidak lama lagi,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, Casa De Madani memaklumkan orang ramai sudah boleh mula membuat tempahan menerusi www.casademadani.asia atau di 016-2214961.

Casa De Madani terletak bersebelahan Malakat Mall, restoran dua tingkat itu menawarkan pengalaman santapan yang cukup bernilai kepada pelanggan.

Antara menu di Casa De Madani.

Bersesuaian dengan aneka menu menarik, Casa De Madani dibarisi kumpulan cef berpengalaman luas dalam bidang kulinari, dengan pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

Selain keenakan pelbagai menu gaya Eropah moden yang dimasak segar dan suasana premis yang didekorasi serba mewah, pelanggan juga diberi layanan bertaraf lima bintang oleh pelayan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here