CDC AS bakal sarankan pengambilan dos ketiga vaksin

0
90
GAMBAR HIASAN

NEW YORK – Pihak Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat dijangka mengumumkan saranan pengambilan dos ketiga vaksin Covid-19 dalam masa beberapa hari lagi.

Menurut Reuters, berdasarkan laporan akhbar New York Times, dos ketiga itu perlu diambil selepas 8 bulan si penerima lengkap suntikan dos kedua.

Laporan itu menyebut, suntikan ketiga yang turut dikenali sebagai booster ini diperlukan bagi meningkatkan kembali kadar antibodi yang mampu melawan Covid-19.

Suntikan ketiga itu dijangka akan mula diedarkan pada September ini.

Buat masa ini, garis panduan ini hanyalah bagi vaksin yang mempunyai dua dos suntikan.

Bagi penerima vaksin satu dos seperti vaksin Moderna dan Janssen, difahamkan CDC masih belum mempunyai data perubatan yang mencukupi.

Buat masa ini, pemberian dos ketiga masih menjadi isu hangat dalam kalangan pakar perubatan berikutan kekurangan data yang menyokong kelebihannya.

Namun, negara seperti Israel telahpun memulakan program pemberian dos ketiga kepada warga emas dan individu yang mempunyai masalah imuniti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here