Covid-19: 17,150 kes baharu hari ini

0
14
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 17,150 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik yang dilaporkan di dalam negara kepada 1,130,422 kes.

Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian tertinggi dengan 6,326 kes, diikuti oleh WP Kuala Lumpur dengan 2,086 kes, dan Kedah dengan 1,511 kes.

Hanya tiga negeri mencatat pertambahan kes di bawah tiga angka, dengan WP Putrajaya mencatat 72 kes baharu, diikuti Perlis (21 kes) dan WP Labuan (5 kes).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here