
CYBERJAYA – Sebanyak 19,257 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 1,243,852 kes.

Negeri Selangor masih mencatat angka harian tertinggi dengan 7,084 kes baharu, diikuti WP Kuala Lumpur dengan 2,450 kes, dan Kedah dengan 1,514 kes.
Bagaimanapun, negeri Perlis menunjukkan kenaikan mendadak dengan peningkatan 32 kes berbanding semalam hanya 9 kes.
WP Labuan mencatat bilangan kes terendah dengan hanya 2 kes baharu dilaporkan.