Covid-19 is real, dulu saya tak berapa percaya sangat – Shuib

0
205

Antara gambar kenangan terakhir Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah dan anak-anak mereka

CYBERJAYA – “Dulu saya orang yang tak berapa percaya dengan Covid-19 tapi bila kena dekat batang hidung sendiri, (baru tahu) Covid-19 is real,” kata pelawak terkenal, Shuib yang baru kehilangan isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisudin awal pagi tadi.

Menurut Shuib, sebelum kehilangan isterinya akibat dijangkiti Covid-19 peringkat lima, mereka sekeluarga kehilangan pembantu rumah yang turut dijangkiti wabak penyakit itu.

Berikutan itu, Shuib meminta semua pihak berhati-hati dan mengambil vaksin sebagai langkah pencegahan.

“Tadi sebelum saya keluar daripada unit rawatan rapi (ICU) lepas tengok isteri saya, ada seorang nurse pangil saya, dan minta saya tolong sampaikan mengenai vaksin.

“Sebelum ini saya banyak kali juga dengar tentang vaksin, dan saya dah ambil sekali vaksin tapi bila akak itu cakap dengan saya, Shuib kita kena sedarkan masyarakat tentang vaksin yang mana sekurang-kurangnya dengan vaksin mungkin akan dapat membantu.

“Saya terus tersentak sebab isteri saya belum divaksin, isteri saya punya keadaan ialah paru-paru dia ada jangkitan di hampir semua paru-paru, dan paru-parunya dah tak boleh bekerja untuk proses oksigen sehingga menyebabkan organ badan dia sudah tak boleh berfungsi dengan baik,” katanya dalam siaran langsung yang disiarkan melalui Insta Story miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Shuib juga menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan dan mengambil makanan tambahan seperti vitamin untuk menguatkan sistem pertahanan badan.

“Saya nak pesan, jaga kesihatan di saat macam ini kita semua kena jaga kesihatan. Kena makan vitamin c, d kalau ada sampai z pun makanlah semua.

“Jangan sayang duit sebab saya ingat lagi di saat saya dalam ambulans, bila saya nak bawa ke hospital swasta tapi sudah penuh dan masa itu orang rumah saya dah teruk sangat, masa itu baru saya terfikir bila ada duit banyak mana pun ia tak kan boleh sihatkan isteri saya,” katanya dalam nada sebak.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here