Covid-19: Kes baharu masih tinggi, varian Delta dominan di Sarawak

0
29
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Angka kes baharu Covid-99 masih tinggi apabila sebanyak 22,597 kes dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 1,685,510 kes.

Sebanyak 4 negeri menjadi penyumbang terbesar, dengan angka kes melebihi 2,000.

Selangor menjadi penyumbang tertinggi dengan 5,814 kes, diikuti Sabah dengan 2,834 kes, Sarawak dengan 2,427 kes, manakala Kedah dengan 2,162 kes.

Sementara itu, menurut laporan Bernama, varian Delta dikenal pasti sebagai varian utama yang menular di Sarawak.

Rumusan itu adalah berdasarkan satu kajian yang dilaksanakan oleh Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM), Universiti Sarawak Malaysia (Unimas).

Menurut Pengarah IHMC, Prof. Dr. David Perera, sejak 17 Ogos, pihaknya telah menjalankan ujian jujukan genom pada 220 sampel kes yang disahkan positif Covid-19.

Hasil kajian mendapati, 178 sampel disahkan varian Delta, manakala satu lagi sampel merupakan variant of interest (VOI) Indonesia.

“Kadar 82 peratus penemuan varian Delta dalam laporan ini menunjukkan peningkatan daripada 73 peratus yang dilaporkan pada 17 Ogos,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here