Covid-19: Kes baharu turun kepada 15,764, Selangor rekod 6,067 kes

0
28
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 sepanjang 24 jam yang lalu mencatatkan penurunan kepada 15,764 kes dilaporkan hari ini, berbanding sebanyak 17,150 kes semalam.

Ia sekali gus membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,146,186 sejak pandemik bermula di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal dengan kes harian tertinggi sebanyak 6,067 kes diikuti Kuala Lumpur (1,536), Johor (1,222), Sabah (1,166) dan Kedah (1,108).

Negeri Sembilan pula merekodkan sebanyak 862 kes baharu, Perak (748), Pulau Pinang (667), Kelantan (552), Pahang (475), Melaka (463), Terengganu (425), Sarawak (411), Putrajaya (46), Perlis (9) dan Labuan (7).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here