Covid-19: Kes sedikit menurun hari ini dengan 19,268 kes

0
10
Proses saringan Covid-19

CYBERJAYA – Sebanyak 19,268 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, sedikit menurun berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini kumulatif kes di Malaysia ialah 1,725,357 kes.

Dr. Noor Hisham berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi di negara ini iaitu dengan 3,567 kes diikuti Sabah (2,310) dan Johor (2,265).

“Seterusnya Sarawak (2,028), Kedah (2,084) dan Pulau Pinang (1,780), Kelantan (1,308), Perak (1,144) dan Pahang (788).

“Selain itu, Terengganu (544), Kuala Lumpur (672), Melaka (395), Negeri Sembilan (269), Perlis (71), Putrajaya (41) dan Labuan (2),” katanya dalam dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here